Dec 21, 2017

Jalan-jalan Desaru

dalam banyak2 tempat kat Malaysia ni, belah2 desaru kami masih belum sampai.
so kali ni kami nak merasa tengok pantai desaru ni macam mana..
jauh rupanya ye desaru ni..atas dari kota tinggi lagi..
kami stay kat TunaMaya Beach & Spa Resort









Jalan-jalan Muar

Cuti sekolah hujung tahun berlalu begitu sahaja..tahun ni mama takder plan awal.. sbb opis bz nak siapkan sistem baru,so susah nak cuti lama.. pastu plak abah buat operation katarak mata so abah duduk umah kitaorang.
Tapi hati macam biasa melonjak2 nak berjalan hihi so decide gi dekat2 je pada cuti birthday Sultan Selangor..kami pergi Muar..duk kat homestay namanya Perkampungan Pengantin Muar
ni bilik homestay kami duduk..kena ambik 2bilik sbb kecik je biliknya

ada jugak yang besar..tu kat depan sekali tu boleh syer 4family

Pemandangan kat homestay ni cantik la jugak, dalam kawasan kampung. Yang penting ada sungai dan kolam budak2 ni suka memancing termasuk bapaknya hihi


 
malamnya kami gi makan kat Sabak Awor
dia macam food court makanan laut tempatnya kat muara
ni antara menu kami order..dan yang agak mengejutkan..murah weh




ni pulak menu breakfast..sate warisan muar yang dibakar dengan arang
ni buahan tempatan beli kat Kulai
ni pulak asam pedas madu tiga kat area Kulai

ni pulak mee bandung bus stand tangkak



alhamdulillah jalan2 cari makan..sedap semuanya




Nov 27, 2017

Mama Menari?

Nak diceritakan berkenaan aktiviti terbaru yang mama ceburi..kelab kebudayaan pejabat huhuhu
jangan tak percaya hahaha memula kawan mama yang ajak..sebagai hiburan setelah penat bekerja kononnya stress kan asyik kerja yg sama je dah lebih 10thn.. so sajer2 la masuk then selected plak utk persembahan sempena majlis penutup sukan antara jabatan2 dalam selangor.




gambar utk kenangan ni, video ada tapi malu nak share.. yg kelakar org tak pernah makeup bila makeup dah macam tepuk gomak aka opera cina hahaha
org lain, umur 40 bertaubat ni idak..awk start menari plak dah adei...
dulu2 zaman sekolah memang kaki menari mama ni hihihi sejak tadika sampaila tingkatan 5 tiap2 hujung tahun sure masuk persembahan sekolah punya.. tapi bila dah kerja terus berhenti sebab takder geng kot hahaha..tetiba bila dah 17 tahun kerja ni buat hal balik pulak dah hahaha memain je ni just for fun bukan sepenuh masa, sesekali je buang tebiat

Nov 14, 2017

Hepi Bday Abg Adik

Alhamdulillah.. mohd afif adha dah 7thn


Abg adik ni baik budaknya, kadang2 slalu tak perasan dia.semenjak ada meema ni..sori ye adik.. walau mcmana pun mama papa semua sayang adik.. mama doa adik jadi anak yg soleh..harap dh besar nanti bleh jadi ustaz hihihi amiinn



Oct 22, 2017

Reunion pptm daerah dan xpptm

bertempat di Taman Wetland Putrajaya kami mengadakan bbq makan2 borak2 main2 hahaha kat sini tempat bbq disediakan so takpayah bawak cuma nak ke sini kena naik bot la pulak sbb tempat bbq tu macam private pulau


 diaorang bawak makanan masing2 dan akk dpt pavlova sempena birthday daripada harizah pptm daerah gombak muah muah





semua komen positif dan best dan semestinya semua nak repeat buat lagi majlis cam gini kata deme..semua laki bini sporting plak tu alhamdulillah

The Pines dan Taman Rama2 Reptilia Melaka

kebetulan tarikh birthday mama tu opis papa ada buat kursus kat melaka.. mama pun apa lagi join la bawak anak2 gi sekali..sambil menyelam minum air hihihi
kami duduk kat The Pine 3hari 2malam


 Sabtu papa takder kelas pagi so papa bawak kami pi sini.. harga tiket masuk ke taman rama2 & reptilia ni dewasa rm22 dan kanak2 rm16 meema bawah 3thn free






 adik dengan meema la yang paling seronok gi sini..hepi beno nampaknya.
tapi mama lebih prefer gi tmpt kecik camni dr yg besar mcm zoo tu sebab zoo luas jenuh penat nak jalan..lagipun awal2 je deme seronok bila dah lama2 dah penat deme tak excited dah nk tgk binatang2 yg lain.
makan malam kat serkam tapi takder gambar segan ramai kawan2 kursus papa, ni pun gambar meema je kat tepi bot di medan ikan bakar serkam

Ulangtahun yg ke 40

alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi diberi umur dah smpi 40 dah ni..
kalau tak sedar diri jugak tak tau le hihihi 
takut jugak ni sbb amal tak tinggi mana pun
 
tetapi, sesuatu yg amat mengejutkan tahun ni..rasa syahdu sangat2 sebab ramai kawan2 yg meraikan sampai dalam hati terdetik.. ini last kot next year dah mati kot aku ni huhuhu ke situ plak akk

ni helen, kawan yang baik..terserempak dengan dia kat lobi bawah terus dipanggilnya nak hadiahkan cupcake katanya huhuhu 
kawan opis celebrate makan2 kat secret recepi
ni plak geng2 minum pagi..diaorg kumpul duit belikan buah2an cantik gubah mcm hantaran bertunang hihihi
ni plak selebrate awal sehari sbb diaorg nk gi kursus..ni kawan bahagian lain..mata kami semua bengkak sebab majlis nak hepi2 bertukar jadi emosi hahaha.. apala diorg ni, semua terkenang kes tahun lepas..sedih kami dipulau,dikhianat,difitnah..mmg kami masing2 di duga, dugaan dalam persahabatan.. teringat lagi time bday ni tahun lepas akk keseorangan,tiada kawan masa tu..then 2org kwn aku ni la yg setia menemani walaupun opis kami lain2..so thn ni rasa bersyukur sgt sbb akhirnya Allah tunjukkan apa yg baik bagi kami..semua yg jadi bukan salah saper2 tapi semua dr diri sendiri dan jugak atas sebab Allah nak tunjukkan sesuatu..alhamdulillah skang dah nampak dah jalannya.
terima kasih suami, keluarga, teman2 dan jugak jiran2 yang wish dan yang mendoakan yang baik2 dihari lahir ku.. alhamdulillah pengalaman mematangkan kita semua..moga2 pertambahan umur ini memberikan akk lebih hidayah lebih baik..juga nak ambik kesempatan nak minta ampun maaf atas semua yg jadi..harap jadikan tauladan..move on
ni sebenarnya nak kluar bergambar kat padang permainan belakang rumah sekali hujan lebat hihihi bergambar bawah porch je la.. tq abang bagi surprise belon besar.

kami ambik kesempatan ikut papa gi ayer keroh on weekend..papa ada kerja kat MITC Melaka so kami ikut sekali lepak  di Amverton Heritage Re...