Nov 27, 2014

Hepi Birthday Adik

Alhamdulillah
14 November.. adik dah 4 tahun
jadilah anak yang baik..yang soleh ye nak..penyejuk hati mama papa..
mama papa sayang sangat kat adik..muah muah
 setahun lebih
 dua tahun
tiga tahun

dan ni yg paling latest.. 4 tahun dah dia



Nov 8, 2014

Jalan2 Gunung Lang

hai all.. mama bawak adik gi main kat taman rekrasi Gunung Lang Ipoh
sajer petang2 budak2 pun dah boring lepas satu satu cartoon kat astro tv atuk depa layan.. sampai atuk dah tak boleh tgk berita..hehe..



sebelum ni gi main depan tu je..kali ni kami naik bot gi ke pulau kecik belakang gunung lang tu..
syok jugak ada ikan, tuntung, ayam belanda..dll.. beli makanan ikan singgit je satu plastik..
tiket naik bot pulak rm3 dewasa rm1.50 kanak2..
tapi kan..tempat ni macam hutan skit.. pastu banyak biawak..
eee mama memang takut..masa naik bot jumpa 2 biawak besar..balik pun jumpa lagi 2 biawak lain pulak..pastu tengah jln2 kat situ terserempak sekor lagi biawak nak panjat pokok..
seram oo.. terasa macam cicak besar berjalan..nak lalu bawah pokok besar pun seriau..takut biawak jatuh atas kepala








Nov 3, 2014

Festival Islam Putrajaya

Festival Kesenian & Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya 2014 (PIIACUF 2014)
Dataran Putrajaya, Presint 3
tahun lepas dah pernah pergi tapi gi Pesta buku dia je.. biasala budak2 ni, abih waktu kat buku je..langsung takgi mana dah pastu.. tapi kali ni kami jalan2 tengok pameran dia dulu..baru gi tengok buku..
 jom adik kita jalan2

Antara pengisian utama Piiacuf 2014 :
  •     Pavilion Antarabangsa
  •     Pameran 'Keajaiban Dunia Islam'
  •     Pameran Al Aqsa : Forms of the Doa
  •     Forum Islam Antarabangsa - disampaikan oleh YABhg Tun Mahathir Mohamad dan panel penceramah dari dalam dan luar negara (31 Oktober 2014)
  •     Forum Perdana Ehwal Islam
  •     Selawat Bersama Habib Syech Assegaf
  •     Konsert Journey of Nur 2.0 - Gema Timur Jauh - menampilkan barisan artis terkenal seperti Dato' Siti Nurhaliza, Mawi, Hafiz Hamidun, Sharifah Khasif, Lah Amad, Nazrey Johani dan Brotherz (1 November 2014)
  •     Pertunjukan Fesyen Muslimah
  •     Ekspo Buku Islam Antarabangsa
 mula2 kitaorang masuk ruang pameran dia..ada macam2 la dalam tu.. best la jugak, ilmu utk budak2 dan mak bapak budak2 ni kan..hihihi

 
ni kalau tak silap apa nama dia,Imad kot..pernah nyanyi lagu nasyid dulu.. 
sekarang dia banyak buat seni lukisan dan kaligrafi.
 ada batu bersurat

 ada koleksi keris lama bercirikan islamik
 ini kincir air dulu2
 ada monumen kecik masjid2 cantik di seluruh dunia
pameran ni penyertaan ada dari iran,china,indonesia,malaysia, moroco
macam2 produk masing2 diaorang bawak utk dipamerkan..

  
teringin jugak nak pakai baju cam gini..tapi nak buat apa hihihi baju kawin ke
alamak ni senibina pintu apa ek..lupa la pulak nak baca pintu apa aritu..
sori ye

pastu bila nak keluar..ternampak pulak ada jual makanan apa ni?
snowball?


anak2 mama ni pantang nampak..rengek nak menerai.. yg kecik tu pun sama so kami beli le..dia macam keropok salut manisan je..ada bnyk perisa..beli tiga  snow dapat free tabung.. macam2 la deme ni..


pastu.. keluar terus tuju ke dewan pameran buku pulak..
mujur dah nak maghrib so tak bleh lelama..
dan hasil tangkapan pun terhad..tak banyak le..
 kakak fatin macam biasa la.. apa2 hal gi cari ana muslim dulu

 sekian sajer, terima kasih kerana membaca

Oct 26, 2014

Lukisan dinding shah alam

Sajer aritu balik dari InspirasiHana beli tudung tgh sales.. singgah tengok2 mural di Seksyen 7 Shah Alam.. area belakang kedai belah Jakel..belakang Pearl Haya..
ni yg sempat capture sebab cuaca nak hujan lebat.. masuk je kereta hujan turun mencurah










seronok jugak bwk budak2 tengok lukisan kreatif ni.. pandai diaorang lukis.. kat atas jalan pun ada lukisan..

Selamat Datang Muharam




Puasa Hari Asyura
"Hari Asyura" ialah hari yang kesepuluh dari bulan Muharam. Umat Islam disunatkan berpuasa pada hari yang tersebut, seperti yang diterangkan dalam hadith yang berikut:

51- عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ هَذَا يَوْمُ عَاشُورَاءَ وَلَمْ يَكْتُبْ اللَّهُ عَلَيْكُمْ صِيَامَهُ وَأَنَا صَائِمٌ فَمَنْ شَاءَ فَلْيَصُمْ وَمَنْ شَاءَ فَلْيُفْطِرْ. (رواه البخاري)
51- Dari Mu'awiyah bin Abu Sufyan r.a., katanya: Aku ada mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hari ini ialah hari Asyura,  sedang kamu tidak diwajibkan berpuasa padanya, sebaliknya aku sekarang sedang berpuasa.  Oleh itu, siapa suka berpuasa bolehlah ia berpuasa dan siapa suka berbuka maka bolehlah ia berbuka."(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Bukhari)

Puasa hari Asyura,  sunat juga disertakan dengan berpuasa sehari sebelumnya iaitu hari yang ke sembilan dari bulan Muharam,  kerana Rasulullah s.a.w. pernah menganjurkannya seperti yang tersebut dalam hadith yang berikut:

52- عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ حِينَ صَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَمَرَ بِصِيَامِهِ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّهُ يَوْمٌ تُعَظِّمُهُ الْيَهُودُ وَالنَّصَارَى فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا كَانَ الْعَامُ الْمُقْبِلُ إِنْ شَاءَ اللَّهُ صُمْنَا الْيَوْمَ التَّاسِعَ قَالَ فَلَمْ يَأْتِ الْعَامُ الْمُقْبِلُ حَتَّى تُوُفِّيَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. (رواه مسلم وأبو داود)
52- Dari Ibn Abbas, r.a., katanya: Tatkala Rasulullah s.a.w. berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh (orang ramai) berpuasa padanya, sahabat-sahabat Baginda berkata:  "Ya Rasulullah,  hari Asyura juga dimuliakan oleh kaum Yahudi dan Nasrani ..."(1)
Mendengar yang demikian, Baginda bersabda: "Apabila tiba tahun yang akan datang - Insya Allah kita akan berpuasa pula pada hari yang ke sembilan."
Rawi hadith ini berkata:  "Rasulullah s.a.w. (tidak sempat berpuasa pada hari itu) kerana Baginda telah wafat sebelum tiba tahun yang berikutnya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan Abu Daud)
Menurut huraian ulama' rahimahullah, bahawa puasa hari Asyura terbahagi kepada tiga peringkat: 
Peringkat pertama: Berpuasa selama tiga hari, iaitu hari yang kesembilan, kesepuluh dan hari kesebelas.
Peringkat kedua: Berpuasa pada hari kesembilan dan kesepuluh.
Peringkat ketiga: Berpuasa pada hari yang kesepuluh sahaja.

Umat Islam digalakkan bermurah hati pada "hari Asyura" terutama kepada diri sendiri dan anak isteri (disertakan dengan bersedekah kepada orang-orang miskin).
Ini diterangkan dalam hadith berikut:
53- عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ وَسَّعَ عَلَى نَفْسِهِ وَأَهْلِهِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ سَائِرَ سَنَتِهِ. (رواه البيهقي)
53- Dan Jabir bin Abdullah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa bermurah hati dengan berbelanja lebih untuk dirinya dan anak isterinya pada hari Asyura,  nescaya Allah akan memurahkan rezekinya di sepanjang tahun itu."
(Riwayat Baihaqi)
Meskipun hadith ini dan beberapa riwayatnya yang lain dinilai sebagai hadith-hadith lemah, tetapi apabila disatukan setengahnya dengan yang lain, akan bertambah kuat,  seperti yang disebutkan oleh al-Alamah al-Sakhawi rahimahullah.

kami ambik kesempatan ikut papa gi ayer keroh on weekend..papa ada kerja kat MITC Melaka so kami ikut sekali lepak  di Amverton Heritage Re...