Apr 5, 2013

Jom Tengok Wayang

dah lama benor tak bawak anak2 tgk wayang..sekali haritu pergi TGV..tiap2 minggu la plak kami layan citer..hehe..syok plak bila dah start tgk..
citer pertama kitaorg tgk ialah Jack The Giant Slayer..seronok layan dgn budak2..tapi adik baby tido bila dah separuh cerita..
citer kedua kami tengok minggu selepas tu ialah Oz the great n powerful tapi bosan skit..budak2 tak best sgt..biasa2 je..adik baby dari mula smpi abis cerita, dia tido ajer..
citer ketiga The Croods yang ni mmg syok abis..very happening..adik baby walaupun ngantuk tapi tak tido2..mmg best sangat..
 
 citer Despicable Me 2 belum keluar lagi..budak2 dah cop nak tengok citer tu plak..tayang bila ntah Jun ke Julai camtu..
 citer bola kampung ni pun tak sempat nak pi tengok lagi.. ntah ada lagi ke tak sekarang..

tu dia best betul dapat layan movie bersama keluarga kan..mama,papa layan anak2 tgk citer sama2..kalau kat rumah mana nak sempat..paling free tgk sambil lipat kain huhuhu

Resepi Hidup

diambil dr blog Laily

http://resipihidup-bersamasuzana.blogspot.com/

suke sgt baca blog Dc nie... bnyak sgt kata - kata semangat... n sesuatu yg baru yg boleh kite belajar.... ade 1 artikal nie.. cm best plk rasa nak kongsi... jom aku kongsikan :)


Jangan jadi mangsa keganasan emosi

Masih ingat lagi janji saya untuk bincangkan tentang keganasan emosi dan psikologi beberapa minggu yang lalu? Kepada yang terlepas isu berkaitan, saya ulang sedikit tentang maksud keganasan emosi dan psikologi. Keganasan psikologi dan emosi meliputi perbuatan seperti ugutan, penghinaan termasuk juga caci maki dan kata-kata sindiran serta sinis. Walaupun mangsa tidak mengalami sebarang bentuk kesan luka yang boleh dilihat namun mangsa boleh mengalami tekanan perasaan yang amat teruk. Mangsa juga boleh hilang upaya untuk mengawal emosi secara normal yang kesan jangka pendek atau jangka panjang boleh menyebabkan kemungkinan mangsa melakukan sesuatu yang di luar kawalan.

Teringat satu kes yang pernah sampai ke pengaduan saya. Seorang adik meminta tolong agar saya membantu kakaknya. Kakaknya seorang suri rumah sepenuh masa, bersuamikan seorang pemandu lori dan mempunyai empat cahayamata. Perkahwinan mereka berusia hampir 10 tahun. Malangnya hampir 10 tahun itulah juga, saban hari si kakak dihujani dengan kata-kata nista, caci maki malah dipanggil babi oleh suaminya walaupun hanya disebabkan kesilapan kecil yang tidak disengajakan. Si adik mengambil keputusan untuk bertemu dengan saya setelah satu hari, dia perasan kakaknya mula berperangai pelik. Si kakak menunjukkan ke arah anak ketiganya yang mirip rupa suaminya dan melafazkan: Aku dengar ada suara suruh aku cekik budak ni sampai mati…

Ya!! Ngeri dan menyeramkan tapi itu adalah sebuah kisah benar yang diadukan kepada saya. Jika anda masih ingat, ada banyak kes melibatkan ibu membunuh anak sendiri yang berlaku sebelum ini, ada yang mencekik leher, membelit dengan wayar seterika dan macam-macam lagi. Jika difikirkan, mana mungkin seorang ibu yang waras sanggup bertindak sedemikian.

Seorang ibu yang waras akan mengorbankan nyawanya sendiri demi anaknya yang tersayang. Tapi, dalam kes-kes disebutkan tadi, ibu yang bertindak membunuh anaknya itu sedang berada dalam keadaan emosi tidak terkawal. Dia gagal untuk mengawal dirinya sendiri menyebabkan dirinya terpengaruh dengan kata-kata yang kononnya disampaikan kepadanya. Hakikatnya, kata-kata itu terbit dari dalam dirinya sendiri yang tika itu bukan membayangkan anaknya sebaliknya seseorang yang terlalu menikam perasaannya dan kebanyakan kes, suami mereka sendiri.

Kenapa boleh jadi begitu? Kajian membuktikan, mereka yang terlalu memendam perasaan terutamanya perasaan yang berbaur antara rasa sedih, terluka dan marah, adalah mereka yang terlalu mudah menjadi mangsa keganasan emosi. Jalan terbaik ialah luahkan segala kekusutan, tekanan perasaan, resah gelisah malah rasa marah anda. Jangan pendam atau simpan. Takut? Tak boleh nak luah sebab suami lebih garang? Anda boleh luahkan kepada teman rapat. Paling tidak pun, luahkan di dalam diari atau blog. Hamburkan segala kekusutan, tekanan dan amarah anda. Ada tikanya, anda tak perlukan seseorang untuk memberikan maklumbalas terhadap luahan anda tetapi dah memadai apabila ada orang lain yang mendengar luahan hati anda itu.

Jika keadaan semakin rumit dan anda rasa sukar mengawal diri anda sendiri, cepatlah dapatkan rawatan pakar psikiatri di hospital berdekatan. Ingat satu perkara: berjumpa pakar psikiatri bukan bererti anda gila. Sebaliknya anda berusaha untuk kembali menjadi seorang manusia yang normal dan waras sepenuhnya disebabkan kewarasan anda sebelum ini digugat oleh ketidaktenangan hati anda menyebabkan anda mengalami kecelaruan emosi. Pakar akan memberikan anda rawatan dan insyaAllah, anda boleh pulih sepenuhnya jika anda berkehendakkan sedemikian.

Kepada mereka yang menjadi mangsa keganasan psikologi dan emosi, sebagai seorang isteri, anda boleh menggunakan peruntukan fasakh bagi melepaskan diri daripada derita perkahwinan anda. Sebagai contoh, seksyen 52, Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan memperuntukkan: seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut, antaranya bahawa suami menganiayainya, iaitu, antara lain: (i) lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya.

Gunakan peruntukan yang ada, sertakan sekali dengan dokumen pengesahan daripada pakar psikiatri yang memperakui bahawa anda adalah mangsa keganasan psikologi dan emosi, sertakan juga saksi-saksi bagi menyokong kes anda. Ingat! Tanpa pengesahan pakar psikiatri, permohonan anda sukar diterima walau ramai saksi yang menyokong kes anda. Paling penting dan harus diingat juga, pengesahan pakar adalah untuk mengesahkan keadaan anda yang hilang kewarasan akal dan emosi disebabkan perlakuan keganasan suami. Walau perakuan dah ada, anda tetap perlu bangkit daripada kemelut tersebut, pulihkan diri agar anda tidak perlu bergantung kepada ubat atau rawatan pakar psikiatri lagi. Anda perlu keluar dari masalah ketidakwarasan emosi untuk pastikan anda mendapat hak-hak anda yang lain terutamanya hak jagaan anak!! Tinggalkan kisah semalam, bukalah buku baru dan terus bergerak ke depan….

Apr 3, 2013

bercuti ke Cameron Highland

 
tu dia aksi gembira kami bercuti ke cameron highland pada time cuti sekolah mac yang lalu..gembira ke..hehehe..tapi takder gambar adli la pulak sbb dia cameraman huhuhu..
yang ni pun takder adli..dia cameraman jugak..ni taman lavender antara tarikan terbaru di cameron ni.. masuk kena bayar la pulak..tapi berbaloi la jugak boleh bergambar sana sini
kat sini macam biasala..ada sayur..ada strawberry..ada bunga
ni apsal papa pejam mata plak ni..asyik takder je adli ni kan..
layan je la aksi gedik kami ni..
kami pose mengikut patung maskot ni tau.. dan ikut kaler tema baju jugak hehehe

muka adik baby samer besar je dengan bunga matahari ni..tu diaaa

walaupun dah banyak kali kami pergi cameron highland ni..tapi ni la sebenarnya kali pertama kami bermalam kat atas ni..almaklumla rumah mak kan kat ipoh je..selalu kami naik cameron balik hari..tapi kali ni nak tido la pulak..sajer nak relax2 santai2..petang2 bleh gi pasar malam kan..
adik baby masuk je resort ni terus naik katil tido..hehehe agaknya dia dah paham masuk hotel atau resort sure dia menerai katil dulu..siap tarik masuk dlm selimut plak tu hahaha
resort ni best sangat..ala2 omputeh gitu..hehehe..Lakehouse
cantik bangunan dan lanskap dia..anak2 mama siap buat macam rumah sendiri tu..
yg ni kami pergi bee farm masa on the way sebelum turun nak balik dah..adik baby geli sangat tengok bee banyak2 tu..dia cakap..eeee..eeeee...eeeeeeeeeeeeee
ni plak masa turun kan tepi2 jalan tu banyak org2 asli jual2 macam2..kami sempat singgah beli tudung saji..bakul..dan anak2 mama nak lastik plak dah sorang satu..adui ntah apa yg diaorang nak lastik hehehe..lastik cicak takper..mama setuju..hehehe

kali pertama menjejak kan kaki ke Damai Laut Lumut ni walaupun dulu belajar di Uitm Sri Manjung dan every two week tu mesti gi...