Dec 26, 2013

Bukit Merah Laketown

Bukit merah laketown..lama beno tak mandi manda kat sini..dekat je dengan rumah abah papa kat kemunting tu..cuma masa free tu tak berapa nak ada..so bila balik kampung last week kami singgah la bawak anak2 mandi kat sini..main airtiket budak2 rm20 dewasa rm30..itu utk waterpark sahaja
 kat sini kan tempat dah lama..so semua permainan lama2..kami smpi around 11..kluar kul 3 ptg
 ini permainan yang paling diaorang suka..sanggup beratur panjang tiga kali nak masuk sini..naik atas belon besar..licin ada air..tapi sekali masuk boleh 6org je..ramai2 tak boleh takut belon pecah kot..huhuhu
 
papa ni mengalahkan budak2 haa.. siap dia yang tergolek terlentang..hehehe..sekali sekala kembali ke alam kanak2 kan..best apa..
 ni slide yang paling tinggi dan curam yang ada kat sini..hanya papa dan adli yang sanggup mencuba..kakak nak try jugak, tapi tak cukup tinggi..mama? takder maknernyer..tgk je la..mau pengsan..huhuhu..kata adli masa turun tak nampak bawah ooo
tu dia adli..berani betul.. kalau mama pengsan dah kot time ni..
tak abih lagi papa terlentang terbaring dengan anak2..

bila dah penat main air..perut pun jadi lapar le.. macam kat waterpark yang lain jugak..makanan dari luar dilarang dibawa masuk.. tapi rugi tak bawak sorok2 sbb masa masuk tadi takder saper pulak yang nak check.. tapi korang jgn la cuba..tetiba makanan korang kena rampas kang..mama tak tanggungjawab hehehe
harga makanan mahai giler kat dalam ni..burger bodoh tu rm4.50..ada roti dgn daging sekeping camtu je pun..adoi hai cekik darah..
mama ko ni pehal asyik nak pose tarian cak lempong je ni..poyo je..huhuhu
hasilnya..kami semua dah hitam legam sebab berpanas main air.. huhuhu

Hidup untuk diuji

Dipetik dari salah satu blog yang mama suka baca untuk terapi hati.. :)

Hidup adalah untuk diuji. Ujian itu tidak akan ada hentinya. Selagi kita diuji, selagi itulah kita masih hidup. Jadi bersyukurlah… Ujian itulah jalan untuk kita mengenal Allah. Allah ‘memperkenalkan’ Dirinya di sebalik semua ujianNya. Pada ujian sakit, Allah kenalkan Dirinya yang Maha Penyembuh. Pada ujian miskin, Allah perkenalkan diriNya yang Maha Kaya. Pada ujian fitnah, Allah sedang memperkenalkan diriNya yang Maha Penyabar…

Tidak ada hari tanpa diuji, kerana atas hukum itulah kita hidup dan mati. Semoga dengan itu kenal kita kepada Allah makin tinggi… dan akhirnya, cinta kita kepadaNya pun semakin meningkat. Hakikatnya, apabila kita belum cinta, itu petanda kenal kita belum sempurna.

Ujian, membuktikan bahawa di sebalik kuasa diri yang sering kita fokuskan ini, ada kuasa Allah yang Maha Berkuasa di atas segala kuasa. Ke situlah perjalanan hati ini sewajarnya dipacu. Sentiasa bersangka baik bukan hanya bermakna yang baik-baik akan berlaku dalam hidup ini, tetapi hati kita diberi kekuatan untuk menghadapi ‘sesuatu yang tidak baik’ dengan hati yang baik.

Apabila berlaku sesuatu yang tidak diduga, tidak disangka, tidak dipinta… jangan kecewa, marah apalagi mencela. Tetapi tanyakanlah diri, apakah maksud baik Allah di sebalik semua itu. Dengarlah ‘bisikan’ tarbiah Allah di sebalik segala mehnah (ujian). Allah tidak akan menzalimi kita. Ujian itu penting, tetapi bagaimana kita menghadapinya jauh lebih penting.

Dalam hidup, peganglah prinsip ini untuk bahagia. Prinsip yang dipegang oleh Nabi Muhammad SAW dalam apa jua ujian yang melanda… “aku hamba Allah, Dia tidak akan mengecewakanku!”

Dec 11, 2013

Warung Bunian

mama tau pasal warung ni dari kawan mama di daerah.. nampak macam best je.. so kami pun mencuba..sedap jgkla masakan dia..lauk kampung.. tapi u all nak pergi diingatkan kena booking..masa mama gi tu tgk ada yg terpaksa balik sbb tak booking.. sini masak tak banyak.. menu tak boleh pilih..air je boleh pilih..
ni menu gps utk warung ni 2.908737, 101.727188 menu sini bertukar-tukar.. diaorang yg akan tentukan selalunya kalau hari ni udang galah,besok pulak ketam.. harga sorang rm14 termasuk air.
macam mama bawak budak2 so mama byr utk 4org je share la kan..sorang dewasa utk 2org kanak2
sebenarnya warung ni takder nama pun..bukan la nama dia restoran bunian..tapi walau takder nama orang tetap datang berduyun tu yang digelar bunian tu kot.. hehehe
tapi suasana dalam kampung kat warung ni memang best..kalau musim buah..rambutan dijual rm5 seikat kat sini

Dec 8, 2013

Memandu ke Phuket dan Krabi

 Alhamdulillah.. kami sekeluarga bersama adik mama dgn isterinya telah pun selamat pergi dan pulang dengan jayanya..cewah..memandu ke Phuket dan Krabi untuk bercuti.. so kami dah jejakla Patong Beach kat Phuket tu..nak ambik gambor pantai tak sonok sbb ramai dugong2 mat n minah saleh berpakaian tak best utk ditengok huhuhu
lepas tengok pantai..kami gi cuci mata kat Otop Shopping Paradise..nak shopping barang2 macam tshirt,blouse,jeans banyakla kat situ yg murah2..lebih murah dr yg kat tepi Patong Beach tu

budak kecik ni suka sgt dgn gajah..asal nmpk patung gajah je nak angkut bawak balik

kakak teruja ada satu kedai ni jual semua barang2 hello kitty..murah mmg murah dari tmpt kita..tp mslhnya no budget..murah dari yg mama pernah tgk kat GM Klang
 pastu singgah Hard Rock Cafe utk beli tshirt dan gelas cenderamata.. HRC ni berdepan je dengan Otop tmpt shopping tu

 
tetiba terselit gambor honeymoon..honeymoon la sangat kan..hehehe..masuk je bilik kami kat Phuket ni, tgk atas katil cantik je tuala dia lipat cam gini.. apa lagi pose dulu la sebelum katil tu dilanjan anak2 mama..Lekpong Guesthouse tmpt kami bermalam kat Phuket ni..murah je guna Agoda

Kami sehari je kat Phuket,besoknya dah bertolak ke Krabi pulak..Phuket ke Krabi 175km lebih kurang 2 jam lebih ..on the way ke Krabi bnyk tmpt jgk singgah..nampak ada org jual sotong kering,ikan bilis pun singgah..jual kraftangan pun singgah..pastu nampak ada Dairy Farm..pun singgah
cantik Farm ni baru buat kot sbb masih bnyk blum siap..luas n cantik macam kat Kundasang,Sabah
 
 
budak2 la sonok..boleh bergambar dengan kambing,lembu,bagi anak lembu minum susu..
 
 Sampai Krabi dah petang lepas checkin kat Dream Garden kami terus cari pakej utk ke Island Hopping besoknya..
 Ready to Phi Phi Island Tour naik speedboat..lebih kurang 40minit sampai ke first pulau..Bamboo Island..cantik air biru pasirnya putih
bannyak pulau pergi yang paling cantik Maya Beach tmpt Leonardo berlakon tu..mmg superb Subhanallah..
  
anak2 mama yang berani terjun snorkeling.. mama jaga adik yang tgh tido..penat dia main air..yg sebenornya mama penakut..




yang ni kat Phi Phi Island..makan tengahari semuanya kat sini..dah bayar  termasuk dalam pakejisland hopping tu dah..

Hari ke empat kami gi Emerald Pool dengan Naik Gajah.. pun beli trip ni dari Agent semalam.. lebih kurang je beli dengan mana2 agent pun..pandai tawar lagi murah la dapat

mandi air panas.. kecik je tempat ni berhimpit dgn orang.. mama jerit "Papa!!! keluar sekarang!!" huhuhu..


air kat emerald ni sejuk..air bukit..licin plak tu hijau berlumut



Pastu gi naik gajah.. bagi gajah makan.. tengok gajah menari..hehehe ini semua layan anak2 punya hal la ni..

Makan kat Krabi senang sangat..banyak yang halal.. Krabi ni ramai muslim berbanding Phuket..
teringat betapa sedapnya pancake kat sana.. mama paksa papa pose sebelah pancake nak tunjuk senarai harga dan jenis2 pancake yang ada..Mama suggest tomyam paling sedap kat restoran Lemon Seafood..cuba tomyam dia, ayam goreng janggus dan siakap bakar..fuh!


Sadao-Hatyai-Phatthalung-Trang-Krabi-Phang nga-Phuket

ISNIN
8.00    bertolak dari homestay mybest friend wahizan , settle insuran dan tukar duit di Changlun Lokasi GPS : N6.435635,E100.428908
9:00    isi minyak penuh Bertolak dr Imigresen Bukit Kayu Hitam, Beli sim card di 7-11
2:00    Sampai di Krabi, Lunch di Restoran Sareepah  GPS (Lat:8.035651 Long:98.832673)
4:30    Bertolak ke Phuket
7:00    Check in Lekpong Guest House ,Phuket

SELASA
8:00     Breakfast di kedai berhampiran Masjid Patong
9:00    Jalan2 di Patong Beach, Otop Shopping Paradise, Hard Rock Cafe
12:00    Bertolak ke Krabi, Lunch di Restoran Sareepah Krabi lagi test menu lain
4:00     Check in Hotel The Dream Garden
5:00    Cari pakej Phi Phi Island Hopping dan Elephant Treckking di Pantai Ao Nang
7:00    Jalan2 Pantai Aonang.. Makan2.. pancake.. pulut mangga..

RABU
8:00    Breakfast di kedai berhampiran Masjid Ao Nang
8:30    Island Hopping
5:00    Balik hotel, rehat
7:00     Shopping dan makan malam di Sekitar AoNang

KHAMIS
8:00    Breakfast di kedai berhampiran Masjid Ao Nang
8:30    Emerald Pool, Kolam Air PAnas dan Elephant treccking
3:00    Lunch
4:00    Bertolak ke Hat Yai
5:00    Jalan2 Ambik Gambar di Hat Yai
7:00    Bertolak ke Bukit Kayu Hitam
9:00    Sampai di Bukit Kayu Hitam

kali pertama menjejak kan kaki ke Damai Laut Lumut ni walaupun dulu belajar di Uitm Sri Manjung dan every two week tu mesti gi...