Oct 29, 2012

Salam AidilAdha

Sambutan Aidiladha kali ini memang tak terasa langsung..tambah2 pulak takder saper pun yg masuk korban tahun ini.. langsung takder rasa beraya.. anak2 tak pakai baju melayu pun,mak bapak apatah lagi.. mama masak rendang ayam je sbb abah dah beli lemang 3 batang untuk anak2 dan cucu2 nya..
besoknya di rumah tok wan kemunting baru papa bawak anak2 gi tengok orang sembelih lembu kat perkarangan surau..baru la budak2 ni tau raya korban rupanyaa..huhuhu
dan sebelum balik kami sekeluarga menziarahi kubur mak.. kehilangan mak masih kami rasai..

Oct 15, 2012

Konvo Aisy

 Hari sabtu 13 oktober 2012 yg lalu(birthday mama) adalah merupakan hari konvokesyen anak mama yg no 3.. si Aisy..alaa..konvo tadika 6 tahun..hehe..next year masuk darjah 1 dah..sama sekolah dengan abang dan kakak dia..
tak sangka pulak budak yg kuat menyakat kat rumah ni dapat first place in exam.. sebelum tu duk tanya dia..periksa dpt no berapa Aisy..dia jawab ntah..sampaikan bila turun pentas mama tanya..haa, ni hadiah utk apa ni Aisy..dia jawab ntah! huhuhu
tu dia..best student for Taska Al Ikhlas Cambridge Seksyen 13..alaa..baru tadika kan..moga2 lebih cemerlang bila dah sekolah nanti ye..dan paling penting jadi anak yg soleh..aminn..
diaorang ni ada buat persembahan pakai baju ambition..boleh tak Aisy pilih to be a soldier..huhuhu boleh la tuu..layan kan je laa..tu kawan dia nak jadi fireman..hehe

Oct 8, 2012

Mak pergi jua


setelah 6 bulan mak terlantar sakit..
dalam masa tersebut dah 5 kali sedut air dr dalam paru2..
dan akhirnya pada tanggal 30 September 2012..sekitar jam 6.40 ptg..
mak pergi jua..
perkara yg paling kami sekeluarga takuti terjadi jua..
siapalah kita untuk menolak ketentuan takdir..
redha dan pasrah..
moga roh mak aman di sana..
kami sentiasa mendoa dan merinduimu..

Dari Aisyah menceritakan bahwa seorang lelaki datang kepada Rasulullah bertanya : Ya Rasulullah, sesungguhnya ibuku telah
meninggal dunia, dan dia tidak ada berwasiat apa pun dan saya rasa kalau dia sempat berbicara dia akan bersedekah,
apakah dia mendapat pahala jika aku bersedekah untuknya ?
Nabi menjawab : Ya (bersedekahlah dan dia akan mendapat pahala ).
(Sahih Bukhari dan Muslim)

Dari Abi Usaid Malik bin Rabi’ah berkata bahwa ketika kami sedang duduk-duduk bersama Rasulullah, tiba-tiba datanglah seorang lelaki
dari kabilah Bani Salamah berkata : “ Ya Rasulullah, adakah kebaikan yang dapat saya lakukan kepada kedua ibu bapa saya yang telah
meninggal dunia ? Rasul menjawab : Ada, engkau berdoalah untuk keduanya, dan meminta diampunkan dosa-dosanya, dan tunaikan
wasiat dan janji-janjinya, dan hubungkan silatiurahim dengan saudara dan keluarganya, dan hormati serta muliakan kawan-kawannya.
“ (HR Abu Daud, Ibnu Majah, Ibnu Hibban)

Rasulullah saw. bersabda yang bermaksud : "Orang yang bijak adalah orang yang mempersiapkan dirinya dengan beramal untuk
bekalan selepas matinya. Manakala orang yang tidak bijak adalah orang yang mengikuti hawa nafsunya dan kemudian mengharap
pertolongan Allah". (HR Tirmizi)

Doakan ibu bapa


Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya : Apabila seorang manusia mati terputuslah daripadanya amalannya melainkan tiga,
sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan, anak soleh yang mendoakan untuknya. (HR Muslim)

Rasulullah s.a.w.bersabda yang maksudnya : Sesungguhnya seseorang itu ditinggikan darjatnya, lalu dia berkata:
Dari manakah semua ini ? Maka dikatakan kepadanya: Dari anakmu yang memintakan ampun untukmu. (HR Ibnu Majah)

kali pertama menjejak kan kaki ke Damai Laut Lumut ni walaupun dulu belajar di Uitm Sri Manjung dan every two week tu mesti gi...