Mar 30, 2012

11 JENIS MANUSIA DIDOA MALAIKAT


Tazkirah Jumaat
30 Mac 2012

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."
5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"
9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...'"
10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."
Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

Mar 22, 2012

Abah pulak operate

minggu lepas,abah sakit kaki..gaut..bengkak kakinya..lepas tu ntah macamana bengkak makin besar dan bernanah..subuh2 abah kejutkan ijam suh bawak ke spital sebab dah terlalu sakit..
sampai hospital tak tunggu lama..sehari di hospital terus operate buang nanah tersebut..doktor cakap nasib baik cepat kalau tak nanah tu dah naik ke betis dah..
sian abah..makan masa jugak tu nak sembuh dan boleh berjalan semula..sebab operate tu kat tempat nak pijak..kena pakai tongkatla jawabnyer..tolong doakan abah cepat2 sembuh ye semua..TQ
ni masa kat lobi hospital tengah cari buah untuk abah..si fatin suka pulak dengan belon2 tu cantik bentuk bunga..kakak suruh ambik gambar..

Mar 21, 2012

Tips Melawat Beijing musim sejuk

masa kami pergi Beijing tu bulan Mac kan..so penghujung musim sejuk kat sana, suhu sekitar -2 hingga 13C
antara tips yg boleh dikongsi bersama:
1. Walaupun dah bawak baju sejuk yg tebal..tapi still perlu baju long john..ada yg sampai beijing baru beli baju tebal mmg lebih murah di beijing sebenarnya.. bagi kami beli baju tebal/jaket kat bundle ajer..murah dari universal traveller..long john kami beli kat beijing rm60 sepasang..

2. Glove cari yg tebal2..jangan beli yg nipis macam org berkebun tu..selendang/pashmina perlu ada sebab musim sejuk ni angin kuat dia sejuk giler..bnyk habuk..macam pompuan ada tudung..takperla..lelaki mmg perlu..tengkuk sejuk hehehe pashmina kat sana murah..rm5 je..

3. oleh kerana sejuk memang perlu sangat bwk losyen dan lip balm..masa kat sana kulit kering sangat sampai pecah2..bawak jugak vitamin C dan E makan tiap2 hari..

4.toilet dia plak takder paip air..ada flush jamban ajer..huhuhu so kena la bawak botol kosong isi air..baru senang nak beristinjak..bawak jugak wet tissue tau

5.tawar menawar kat sana plak memang kena tawar 3 kali ganda murah..contoh kalau dia letak 150 yuen kita bagitau la nak 50 yuen ajer..mula2 dia akan taknak bagi..tapi bila kita dah nak blah dia akan kejar balik dan bagi kita harga yg kita nak tu..tapi jgnla melampau sgt mintak murah plak..kang dia jerit2 kat kita crazy malaysia..crazy malaysia..hehehe

6.selipar takyah bwk..sejuk benor takdernyer nak berselipar

7.air kat paip masjid sana ada air panas sahaja..bukan suam tau panas..so hati2 melecur muka plak kang

8.digalakkan bawak sambal bilis atau serunding bagi penggemar makanan pedas sebab makanan sana tak pedas langsung

apa lagi yer..itu jer kot..macamla pandai benor selok belok sana siap nak bagi tips bagai yer..hehehe akak share mana yg patut..sekian

Mar 19, 2012

Beijing -part 5

haaa..inila hotel tempat kami menginap..hotel ni ada sijil halal..ok jugak la..4 bintang..bilik selesa..luas utk kami 2 org je.. Taishun Hotel
ini tempat shopping.. Hong Qiao Pearl Market..sini bnyk ipad,handphone, camera, teropong,psp dll
macam2 ada jual kat market ni..harga memang murah tapi kena pandai tawar..tapi kena tahan la siap bergaduh-gaduh dgn org jual tu..bila mintak murah kadang2 ada yg marah siap cakap crazy u malaysia.. hahaha
 shopping kat silk street ni best sangat..sampai abis licin duit..banyak pilihan..kasut,handbag,cadar,baju branded tiruan hehehe..macam2 la..nanti nak pergi lagi la.. tapi ingat tau kena tawar 70% dari harga yg dia bagi..

Beijing -part 4

cakap tentang makan agak susah jugak nak cari kedai makan halal.. tak bnyk sangat pilihan..
tapi sebab kami ambik pakej muslim punya, so depa dah tau nak bwk makan kat mana.
 
menurut kata tourist guide tu, kalau kedai makan tu board dia tanda hijau maknanyer halal.. 
tapi kena tgk jugak la..kena ada tanda halal yg sah..
cara masak simple2 je..bnyk sayur-sayuran..telor dadar mesti ada..tak pedas pun,tapi sbb mereka tahu org malaysia suka pedas so ada la nampak letak cili kering..
kami juga merasa solat kat masjid tertua kat Beijing ni..usia masjid ni 500 tahun dah..
 
Nan Dou Ya Mosque
Niujie Mosque

Mar 18, 2012

Beijing -part 3

bergambar kenangan di belakang stadium olimpik sarang burung
 
amboi bukan main seronok papa ni..
kat china ni mesti la kena beli cadar,sarung bantal,sarung kotak tisu dll kan..memang murah la..sarung kotak tisu tu rm2 ajer..kalau kat pasar tani shah alam..rm15 kan
ini dalam bilik hotel..tengah bilang mana utk mak,mana utk mak mertua,kakak ipar dan lain2..fuh!
 pastu kami pergi jugak tempat buat pasu dari tembaga..dulu2 kami ingat pasu besar cina ni macam tembikar kaca..rupanya dari tembaga..ringan,tapi susah dan rumit membuatnyer..padan la jual mahai
 ni gambar kat depan kilang tembikar tu.. dalam ni ada restoran makan muslim tau..
 eh eh papa nak angkut yg besar tu..harga tu rm500 ribu ++ tau..kena tangkap polis china nnt tak blk m'sia plak kita karang..huhuhu
 kagum dengan kesabaran pekerja2 kilang tembaga ni..amat tekun

Beijing -part 2

banyak tempat lagi kami pergi kat Beijing ni...kira trip 5 hari tu dari pg smpi ke malam berjalannyer.. kluar 7 pagi masuk hotel balik 8 malam.. fuh!
ni gambar kat kedai teh herba cina.. teh oolong ada pu er ada.. elok untuk buang toksik dlm badan.. tu kakak belakang tu tgh tawar menawar..hehehe
 ni plak masa pergi Chinese Traditional Medicine Center (also called Herbal Medicine Center).. mula2 duduk urut kaki,pastu keluar semua pakar2 urat dia.. pakar chigong, pakar akupuntur dok cek badan kami saper yg nak jer la..pastu dia promote la plak mcm2 ubat dia..adoi
 ni dia punya lingzi..
 gambar bawah ni masa kat kedai Jade dan Kristal.. cantik2 betul barang2nyer.. tapi tak berapa minatla nak beli..tgk2 ajer..(sebenornya mahai) hehehe
 cantik kan jade ni buat bidai..eh, bidai plak..apa nama benda ni..kayu penghadang ni nama apa ek..dia punya lukisan dibuat daripada jade..
papa beli spek itam kristal..menyejukkan mata bila drive di tghari rembang.. muka ada senyum..hehehe ni plak kat luar kedai kristal..papa menerai motor cina apa ni ntah..
 ni kat luar pintu masuk kedai Jade.. dapat Jade free kat sini.. buat loket..
 kedai jade tu dekat area olimpik tu..dekat dengan stadium sarang burung..nampak tak kat blakang tu
eh, terselit gambar kat Hard Rock Cafe pulak..membeli jugak la kat sini pun, buat koleksi..

Beijing -part 1

Great Wall of China
lawatan kami di Beijing tidak dirancang awal.. tiba2 ajer papa bagitau dah booking tiket ke Beijing sempena anniversary ke 10 thn kami katanya.. kami pergi berdua ajer..tak cukup budget nak bawak anak2 yg 4 orang tu kan.. terpaksa la tinggalkan mereka di kg utk 5 hari.. huhuhu
 kami ikut trip Rakyat Travel.. so semestinya tempat yg dibawa melawat adalah ke Great Wall.. ni gambar kami dengan geng2 rombongan..tak kenal pun sebelum ni, time ni baru nak kenal..kami main join ajer kumpulan ini..
 kagum betul dengan keindahannya.. cuaca memang amat sejuk..lagi tinggi kami daki makin sejuk..sampai kebas tangan.. tapi sbb excited kami redah jugak..teruja
  dok pikir macamana la orang dulu2 buat tembok ni..sampai ramai yang mati..kalau tiba musim sejuk lagi susah giler nak buat kerja..kan
Summer Palace
tempat ke dua yang kami pergi ialah Summer Palace.. ini tempat maharaja bersiar-siar masa musim panas.. tasik buatan manusia..
masa ni kan cuaca sejuk -2C..air tasik ni beku.. permandangan sini amat cantik luas saujana mata memandang

Tian An Men Square dan Forbidden City
tempat ketiga ialah Forbidden City dan Tian An Men Square...  Istana terbesar di tengah2 bandar Beijing memang tak larat nak jalan..

ramai betul orang masa ni.. tempat maharaja Dinasti Ming hingga Dinasti Qing..luas giler ada 9 pintu masuk kesemuanya..kata tour guide kami bilik gundik ajer dah 3000 org..  kota ini digunakan selama hampir 500 tahun

Mar 17, 2012

Birthday Adli

Hepi birthday anak mama dan papa Adli Affandi yg ke 9 tahun...17/3/2012
mama doakan agar menjadi anak yg soleh,mendengar kata dan berguna utk bangsa,agama dan negara..wah!


majlis ni buat kat rumah tok wan depa.. kat sana ramai sepupu,meriah la skit..tu dia tok wan baca doa..

Mar 9, 2012

Negara Teraman Di Dunia

Ada skit info nak share..maybe ramai dah tau tp utk yg masih belum tau..berikut senarai negara2 teraman didunia..153 negara kesemuanya Malaysia di tangga ke 19..ok ler tu kan..tapi selamat ke Malaysia ni sebenarnya.. bagi mamala..ada tempat2 yg ok..tapi ada tempat2 yg terutamanya dimonopoli oleh 'orang luar ' menakutkan mama.. macam dulu, nak jln sorang2 kat area Petaling Street tu selamba ajer..tp sekarang mintak maaf la..mcm2 kes jenayah di situ..kawan mama yg lelaki pun pernah kena rompak kat tepi2 jln tu ajer..sorang pun tak mau tolong sbb area situ penuh dgn org depa..
kalau senarai negara2 *asia tenggara plak Malaysia di tangga teratas yg mana tahun sebelum ni Singapura yg di atas..
teringin betul nak gi New Zealand,tempat kedua dlm senarai negara teraman tu.. lama dah ckp kat papa tapi blum ada budget..kalau nak pergi, nak kena ngangkut anak2 yg 4 org tu lagi..kalau budget sorang 3 ribu, 6 org dah berapa.. huhuhu simpan angan2 ajer la kot.. sbb kalau dah cukup 18 ribu tu baik gi Mekah yer tak.. hehehe..lain la kalau tiba2 jadi kaya..kan!
tapi kagum betulla dgn Jepun..memang negara membangun dan selamat..macam papa cakap antara 2 negara yg dia pernah pergi India dan Jepun..mmg Jepun best dan sistematik..jalan sorang2 pun takper..takder saper kacau..jangan kat India..takutt..oh yer India tangga ke 135/153 dalam senarai..nak tengok senarai penuh kat sini http://www.visionofhumanity.org/gpi-data/#/2011/scor
 ni pulak senarai negara2 besar..

*mintak maaf,terlupa nak betulkan teguran en syam tu TQ

Mar 4, 2012

Sambutan Maulidul Rasul

Sambutan maulidul rasul tadika Aisy dan sekolah agama adli n fatin dibuat hari ahad lalu.. diadakan di tingkat 2 SACC Mall.. macam biasa la budak2 ni kena buat persembahan nasyid..
ni ada skit gmbr yg diambil semasa kejadian..hehehe


aisy baju merah..depan microfon..
adli baju hijau dan fatin baju kuning..

kali pertama menjejak kan kaki ke Damai Laut Lumut ni walaupun dulu belajar di Uitm Sri Manjung dan every two week tu mesti gi...