Jul 15, 2011

Red Velvet n Macaron

Alhamdulillah, dah dapat merasa dah dua benda ni..RV papa hadiahkan sempena anniversary lepas..sedap wooo.. tapi tempah kat jiran sue..tak tau nak buat sendiri hehehe..malas yg selebihnyer takut tak jadi..
 
masa gi ambik kek ni bawak sekali anak2..depa nak gi tgk Kungfu Panda..so bila depa dah nampak kek gebu ni, apa lagi..tak dan dah la..terus berenti tepi mintak potong nak makan time tu jugak2..hehehe
 
yang ni plak macaron papa tempah jugak kat cikmin rasa dia ok la...manis..perisa yg sedap yg coklat dgn peanut tu..tapi masa beli ni ada masalah dengan penghantaran Gdex..berhari2 baru dpt so frust skitla..
so,hajat saya telah tertunai oleh En Hubby..TQ

Jul 13, 2011

Kelebihan Solat Subuh Berjemaah

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk sholat subuh di Masjid . Dia berpakaian, berwudhu dan berjalan menuju masjid, ditengah jalan menuju masjid, pemuda tsb jatuh dan pakaiannya kotor.Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah. Di rumah,dia berganti baju , berwudhu, dan, LAGI,berjalan menuju masjid .

Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama..Dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah. Di rumah dia, sekali lagi, berganti baju ,berwudhu dan berjalan menuju masjid . Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu .

Dia menanyakan identiti lelaki tsb, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid ,jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda..'

Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid . Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya.Lelaki itu menolak.

Pemuda itu mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawapannya sama. Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan sholat.Lelaki itu menjawab

Aku adalah IBLIS (setan)Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu. Setan kemudian menjelaskan,'Saya melihat kamu berjalan ke masjid ,dan sayalah yg membuat kamu terjatuh. Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa2mu .

Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal dirumah , kamu tetap memutuskan kembali masjid . Karana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu . Saya KHAWATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga ,jangan2 Allah akan memaafkan dosa2 seluruh penduduk desamu , jadi saya harus memastikan bahwa anda sampai dimasjid dgn selamat....'

Jadi, jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya.

Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut 

Kawan2 sekalian...

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :

"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak.”
(Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)
 
Sabda Rasulullah S.A.W. lagi

“Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :
*dibebaskan daripada api neraka
*dibebaskan daripada nifaq(sifat munafik)"
 

“Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat isya’ dan solat subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan datang kepada keduanya sekalipun dalam keadaan merangkak…” [HR Al-Bukhari dan Muslim]

so,apa lagi jom kawan2 amalkan...nnt time subuh pakat2 miss call masing2 yer..hehehe
 

kali pertama menjejak kan kaki ke Damai Laut Lumut ni walaupun dulu belajar di Uitm Sri Manjung dan every two week tu mesti gi...