Jan 31, 2011

Tengok kat tepi-tepi jer

Mama ni terukla..gian nak berjalan..nak gi cuti2 sangat2..tapi nak buat camner..baby afif kecik lagi..kecik2 pun mama bawak jugak jln2..tapi tak jauh mana..sekitar pantai bagan nakhoda omar jer..kat sg besar..
 apa yang bestnyer sepanjang jalan tu ada jual macam2..mangga madu,jagung,aneka kerepek,bantal kekabu,siput mentarang,kerang macam2 lagila..dan suasana sekeliling best..tengok kampung2 orang..ada sawah padi..damai jer..
mestila kami singgah beli tak kan nak pandu lalu jer kan..hehe..

 kami lepak kat tepi2 tu jer..takderla sampai terjun laut..tengok2 jer..lain kali kita gi mandi manda yer..ayat pujuk anak2..

bila lapar..makan le kat gerai tepi pantai tu..not bad la rasa makanan kat situ..sedap jugak..laksa zaiton pantai yg fatin makan tu sedap..mama try rasa skit jer..hehe..nasi goreng udang utk aisy dan mee udang banjir utk papa..oo lupa adli dengan kuetiow tomyam..

ni papa ambik gambar ni bukan apa..nak tunjuk kat belakang tu ada kelong memancing..aiseh tak abih2..

Jan 27, 2011

Tragedi Mencemaskan





apa yg berlaku?
adli tengah mandi,dia panjat atas toilet bowl tu, kemudian tangan dia pegang ke sinki bersebelahan sebab nak tengok gigi dia kat cermin..kemudian, ntah kenapa atau mungkin dia tak sampai nak tengok cermin, dia pun tekan sinki tu dengan kuat sambil jengket kaki dan akibatnya, dia dengan sinki tu jatuh dan PECAH!!! habis serpihan tu terkena kat merata-rata tempat di badan,kaki dan tangan adli..mujur si aisy baru jer keluar dari bilik air..kalau tak, mungkin terkena kepala aisy sebab sebelum tu dia duduk betul2 bawah sinki tu.. alhamdulillah kerana tiada kecederaan yg serius, cuma luka2 kecil dan yang berbalut tu lukanya agak dalam, tapi tak perlu jahit..adli..adli..berdebar mama n papa semalam bila tengok dia keluar dari bilik air dengan tualanya penuh darah..doktor bagi dia mc 2 hari tak ke sekolah.

Jan 21, 2011

Sri Q Thai Steamboat buffet

hari tu..masa dekat2 nak bersalin..kami asyik gi jln2 cari mkn ajer..salah satunya kat sini..area cheras..harga dewasa rm22..budak2 rm12..aisy xyah byr..





mmg bnyk pilihan..ader mcm2...udang,kepah,sotong,ketam,aneka cendawan,sayuran,pelbagai jenis bebola,telor puyuh,telor ayam,kuih muih,kepak ayam grill,aiskrim,mee,kuetiow..bnyk lg la.berbaloi dgn harganya.aritu kami pilih 2 jenis sup.ayam dan tomyam..rasanya fuh sedap betul..tak tipu..mmg puas hatila..bleh pergi lg..cuma kalau anak kecik hati2.maklumla masak atas meja.bwh meja tong gas..hehehe
tgkla berapa bnyk mangkuk kami mkn..ntah berapa kali duduk bgn ambik mcm2 tu.
Sri Q Thai

Jan 15, 2011

Afif Adha 2 bulan

tadi gi cucuk baby afif kat klinik..sekarang dia dah 2 bulan++ timbang beratnya tadi 6kg..budak lelaki mmg kuat minum susu..ni gmbr terbaru afif,belum pandai ketawa lagi.

Jan 11, 2011

Tahniah Ain Laily

Selamat Pengantin Baru buat kawan ofis mama Laily dan suaminya Aswad.. semoga berbahagia selamanya...amin
majlis berlangsung pada ahad,9/1/2011

Jan 4, 2011

Fatin dah sekolah

Hai, fatin dah sekolah.. kelas tahun 1 Setia kat sekolah seksyen 13,shah alam..

so sekarang ni adli darjah 2..fatin darjah 1,aisy plak tadika 5 tahun

Jan 1, 2011

Tahun Baru 2011

begitu cepat masa berlalu,tahun demi tahun..
mengenangkan apa yang telah berlaku dlm tahun 2010..
ada suka,ada duka,ada pengajaran,ada ganjaran..
alhamdulillah..
walau apapun yg berlaku,ku panjatkan syukur atas rahmatMu.

kini 2011,apa azam nya?
tak perlula membuat azam tiap kali tiba tahun baru kan.
yang pasti, kena lebih baik dari sebelumnya..
erm..apa yg akan berlaku tahun 2011 ini agaknya yer..

mungkin tak boleh nak jalan2 cuti2 sangat kot sebab dah ada anak kecik ni..

mungkin jugak tak bleh nak berbelanja lebih sbb komitmen kewangan agak terhad utk tahun 2011 ni al maklumla.. tahun ni mcm2 dah nak kena bayar..pasal pelajaran anak2 terutamanya

maknanya tahun 2011 ini dan mungkin tahun2 akan datang, akan lebih kepada mengutamakan anak2..
adli dah tahun 2, fatin pula tahun 1 dan aisy tadika 5 tahun
si kecik afif pula hantar nursery..empat2nya di sekitar area seksyen 13,shah alam

pengurusan aktiviti harian pun kena ditambahbaikkan lagi..
no more lepak2..bermalas-malasan lagi(ini peringatan khas utk mama)..
dari celik mata bangun pagi sampai tutup mata tido malam..semua kena dirancang dgn betul..
iyerla,bukan senang nak manage 4 org permata hati tu..
nak siapkan baju,buku dan bekal ke sekolah,nak tengok2 pelajaran mereka..
kira penuhla jadual nanti kan..

takper..step by step
nanti2 kita cerita plak macamana kita susunatur hal rumah dan anak2 kita yer..
buat pengajaran dan panduan utk yg lain bagi yg ramai cahayamata mcm kami..
ambik mana yg baik ler..tak la perfect mana pun..
saya ni baru nak tempuh pengalaman baru..bagi yg anak2 dah besar tu tahniah..anda mmg hebat!

so, wish 2011 bring us more love n happiness..
also hope it brings big changes for me..to be a lovely 'honey' and a great 'mama'
amin

kami ambik kesempatan ikut papa gi ayer keroh on weekend..papa ada kerja kat MITC Melaka so kami ikut sekali lepak  di Amverton Heritage Re...