Dec 18, 2010

Cucuk Sebulan

aritu 14/12/2010 gi cucuk sebulan..timbang berat dia time tu 4.7kg...
ish mama ni janganla  ambik gambar saya malula..hehe
 cak..sayala mohamad afif adha..

Dec 3, 2010

Kelahiran Mohd Afif Adha

Alhamdulillah, tanggal 14 Nov 2010, jam 7.30 pagi maka lahir jua permata hati ke empat mama dan papa.. cahayamata putera tanda kasih kami..lahir di hospital sg buloh..
cerita skit al kisahnya..
jumaat,12 nov dah kena ke spital sbb mama ada diabetis, so bila kandungan dah cecah 40 minggu terus kena serah diri ke spital..bila doktor kat situ check dan scan semua katanya baby ok..tak besar sgt sekitar 3.3kg sahaja.doktor tanya anak sebelum ni paling besar berapa..mama ckp aisy 3.5 kg so dia kata kalau camtu takperla.awk balik rumah dulu..besok dtg balik kita tengok mcmana..sbb kalau boleh biarlah lahir normal tanpa perlu induce..
besoknya pagi2 sabtu 13 nov mama datang lagi.. check punya check masih belum ada tanda2 nak bersalin.. walaubagaimanapun mama kena duduk kat wad sbb katanya nak induce..so mama rehat2 jerla kat spital tu..maklumla tak sakit..melepak jer la..makan..tido..sempat mkn laksa plak lagi tu..hehe..bila hari dah nak masuk malam mama suruh papa balik rumah rehat..nanti kalau ada rasa nak bersalin baru mama call..

tup tup,mlm tu tgh tido tiba2 dlm kul 12 tgh mlm dah mula ada rasa sakit skit2..dah mula rasa ada kontraksi setiap 10 minit..tapi buat relax jer lagi..sebenarnya bukan apa.sebab yg dulu2 tu tanda bersalinnya keluar air ketuban..so yg kali ni air takder..darah pun takder..tup2 sakit jer ada..so macam terpinga-pinga la plak..ni nak bersalin ker apa ni..hehe..
kemudian jam 3 pagi rasa sakit dah makin kuat dan kerap..so sms papa suruh dtg spital..lebih kurang pukul 5 pagi plak baru keluar air ketuban..time tu baru mama yakin yg mama ni dah nak bersalin rupanya..lebih kurang kul 6.30 pagi bila bukaan dah buka 7 cm baru masuk labour room..dan lahirlah baby boy ni jam 7.30 pagi kemudiannya.. agaknya baby tu takut induce, so bila dengar doktor kata nak induce tu terus dia nak keluar dah kot..kalau tak tu relax jer kat dlm..
alhamdulillah, walaupun pengalaman kali ini tak semudah sebelum ini..tapi mama bersyukur kerana Tuhan bagi peluang utk rasai pengalaman lain pulak..syukur atas rahmatNya..gambar kat atas tu masa umur dia 2 minggu.

kali pertama menjejak kan kaki ke Damai Laut Lumut ni walaupun dulu belajar di Uitm Sri Manjung dan every two week tu mesti gi...