Oct 14, 2010

Selamat Ulang Tahun 13 Oktober



TQ My Dear dan anak2, sbb belanja ma makan malam tadi..sempena ulang tahun kelahiran mama yang ke 33 tahun...ala dah tua..hehe..nak buat camner kan..tak kan makin lama umur makin turun plak..doa mama agar diberikan kesihatan yang baik..kebahagiaan yang berkekalan dan kehidupan yang lebih baik..tidak lupa nak perbaiki kelemahan diri..hehe..tolong doakan sekali yer,kalian..muaah!

Oct 11, 2010

Tarikh 10-10-10

Apa ada pada tarikh ini?
ramai yg melangsungkan perkahwinan semalam..ramai jugak yg dapat baby semalam..dan macam2 lagi la cara orang nak tinggalkan memori indah pada tarikh cantik ini..tapi dengar Hot FM pagi tadi..topiknya apa berlaku pada 101010..ramai yg bahagia..tapi ramai jugak yg melalui tarikh cantik ini dengan peristiwa sedih..
tapi bagi kami takder apa sangat pun tarikh ni..macam biasa sajer..
oleh kerana sabtu sebelumnya tu mama dan papa samer2 kena kerja..so semalam ahad 101010 kami keluar..pagi jam 11 dah tonton wayang..citer Legend Of The Guardians: The Owls Of Ga'hoole
bolehla, citer ni sonok gak la..biasala budak2 ni bila kita dah ajar satu benda bila lama tak buat depa asyik tanya la kan..bila nak tengok wayang lagi..bla bla.. so bawakla gi tgk jgk..
kemudian sebelah petangnya mama terasa nak mkn ikan bakar kat pantai jeram plak dah..so, papa pun terusla pergi..tapi sampai awai restoran tu baru tengah nak bakar2 api apa semua kami lepak2 dulu la kat pantai remis..sementara depa ready nak bleh order..


time makanan sampai tak sempat nak ambik gambar pun..abih tu memasing dah lapor..lunch dah lajak ke kul 4..maunyer tak lapor kan..so ni gambar dah nak abih makan jer yg ada..ops,tgh makan terjumpa kak jah n family..depa pun slalu makan sini rupanya..tapi asyik borak takler bergambar..taula kak jah kalau dpt bersembang..dua tiga kali anak dia datang ckp makanan dah sampai..dianyer tak gerak2 jugak..hehe
so, kesimpulannya biasa jer la aktiviti kami pada 101010 ni..cuma kalau nak kasi memori istimewa skit tu adala skit ayat2 power dari hubbyku..
katanya "sumpah, walaupun beribu yg datang dlm hidup abg..abg tetap pilih mama dulu,kini,selamanya..tak sanggup kehilangan mama.." hehe aww..jgn meluat ek..sajer nak letak statement ni dlm entry 101010 buat ingatan..

Oct 7, 2010

Cemburu Dalam Perkahwinan


Menurut Pensyarah Jabatan Psikologi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Lihanna Borhan, cemburu adalah sifat semula jadi.
“Dalam konteks perkahwinan, cemburu hadir kerana kita berasa kita mempunyai hak ke atas pasangan.
“Itu yang menyebabkan isteri atau suami merasakan dia perlu mengambil tahu apa yang dilakukan oleh pasangannya. Apabila perkara yang menjadi syak itu benar-benar terjadi, perasaan itu akan menjadi lebih sukar.
“Akibatnya, dek kerana berasa tidak selamat dan takut kehilangan pasangan, isteri atau suami akan lebih was-was dan mudah cemburu dengan perbuatan pasangannya,” katanya.
Kurang bersetuju dengan perumpamaan cemburu tanda sayang, Lihanna menyifatkan cemburu yang positif boleh melahirkan persaingan yang sihat.
Sebaliknya, jika cemburu tidak bertempat, sudah pasti ia akan mencengkam hubungan suami isteri serta keluarga kedua-dua belah pihak.
“Bagi saya banyak lagi cara lain yang lebih romantik dan manis untuk menunjukkan kasih sayang antara suami isteri.
“Untuk membuktikan cinta dan sayang, ia perlu dilakukan dengan indah, bukan dengan sikap mengongkong, meninggikan suara dan saling menuduh.
“Kesannya nanti, hubungan suami isteri mulai retak, anak-anak keliru dan pasti wujud pihak lain yang saling menyebelahi hingga menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar,” katanya.
Kerana itu, cemburu bukan isu remeh dalam kehidupan berumah tangga, malah gara-gara cemburu, perbalahan suami isteri boleh membawa musibah jika dibiarkan berlarutan.
Sungguhpun begitu, Lihanna tidak menolak keperluan sifat cemburu dalam setiap perhubungan.
KEGAGALAN mengurus cemburu boleh mencetuskan amarah dan dendam.
“Sebagai pasangan, kita masih perlu ambil tahu apa yang mereka lakukan, ke mana mereka pergi dan dengan siapa mereka berjumpa.
“Tidak salah jika kita bertanya dengan baik, bukan dengan nada yang penuh curiga. Sering ungkapan kata manis dan kata sayang supaya pasangan sedar tentang tanggungjawab terhadap keluarga dan menjaga batasan pergaulan,” katanya.

kami ambik kesempatan ikut papa gi ayer keroh on weekend..papa ada kerja kat MITC Melaka so kami ikut sekali lepak  di Amverton Heritage Re...