Oct 21, 2009

PDNG Selangor

Seminar dan Bengkel Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan
19-20 Oktober 2009 di Quality Hotel, Shah Alambersama dua orang bos iaitu Pn Ju dan Nuha..mama org bawahan jer..hehemakanan kat sini bnyk betul pilihan..sampai tak bermakan..rasanyer ok..sedap jugakla..hehe..makan plak lebih dari kerja ek..takper, apa2 hal mkn dulu..pas ni ader kerja nak kena buat pasal nama2 tempat ni..

Oct 16, 2009

Tensi

Acara melepaskan tensi bermula malam tadi lagi..papa balik kerja jer mama dah jek jom aa gi memana..shopping ke..hehe..papa pun jomkan jer la..so semalam dah rembat dua helai shirt..tengahari tadi sambung lagi episod melepaskan tensi..pompuan senang jer ubatnyer..gi shopping abih lupa semua benda..ya, mmg mama tensi lately..takper..Tuhan lebih tahu apa yg terbaik buatku.. ;)dah lama dah aim benda2 alah ni..dari sebelum kawin lagi..bila nak dapat pun tak tau..hehe..mahai bebenor..pandang jer la..huhubersama teman yg turut berkongsi rasa..hehe..rasa nak membeli tapi tak kesampaian..haha..berangan jer la korang..mana tau nanti2 ada rezeki tersepit kan..

Oct 15, 2009

Something Interesting to Share

Suatu malam dia masuk ke bilik saya. Saya dan suami baru selesai solat Maghrib. Dia terus menghempaskan punggungnya di katil. Suami saya menggenyitkan mata, isyarat akan ada perbahasan baru yang akan dibawa.Saya cepat-cepat melipat sejadah dan telekung.
"Dah sembahyang?" suami saya bertanya.
"Dah..." jawabnya sambil mencapai sebiji bantal, terus menekup mukanya.
"Adik tak lulus ujian matematik!" katanya pantas penuh kejujuran.
Suami saya senyum dan duduk di sebelahnya dan berkata "Tak apalah..h..h...
Adik boleh usaha lagi."
"Cakap je tak apa..! Nanti kat orang cakap Adik bodoh. Nanti abah dan mak bagi tahu kawan-kawan abah dan saudara-mara mak, Adik belajar tak pandai."
"Kalau dah usaha masih gagal nak buat macam mana?" suami saya cuba memujuk dengan suara lembut.
"Nanti lepas ni, abah dan mak kena beli buku latih tubi," kata Adik masih menyembunyikan mukanya.
"Apa asyik nak beli buku aja. Buku latih tubi kan banyak dah, ulang ajalah!" saya menyampuk.
"Mak cakap senang, UPSR tak dapat lima A nanti, marah...!"
"UPSR kan dua tahun lagi. Banyak masa utk berusaha."
"Kan beli buku tu tanggungjawab abah dan mak, beli ajalah!"katanya
"Betul tu....." balas suami saya. "Nanti abah beli hujung
bulan ni."
"Asyik-asyik tunggu hujung bulan..... bosan!... Cuba jadi kaya macam bapa Emma tu, tak payah tunggu-tunggu hujung bulan."
Saya berpinar mendengar hujahnya. Sudah melampau, bisik hati saya. Namun saya sabarkan diri. Senang sangat anak sekecil ini mengeluarkan kata-kata begitu. Kalau besar nanti macam mana, hati saya terus berbisik.
"Adik..... tak baik cakap macam tu dengan abah!" saya berkata perlahan.
"Kalau susah sangat, biar Adik masuk perut mak lain. Adik
masuk perut mak yang kaya. Tak payah tunggu hujung bulan," dia terus bersuara sambil menangis teresak-esak.Hujahnya itu memeranjatkan saya dan suami. Kami kelu seketika. Alangkah senangnya anak sekarang menyelesaikan masalah. Begitu mudah seperti mencampurkan 2 dengan 2.Saya usap kepalanya. "Apakah mak dan abah tak cukup baik buat Adik?" saya bertanya.
Tiba-tiba tangisannya terhenti. - Memberitahunya tentang takdir dan nasib dan ketentuan Allah agak sukar. Bercakap tentang qada dan qadar lagi tak sesuai. Dalam hal ini saya fikir hujah mesti logik. Saya mesti menang dalam perbahasan ini. Menang bererti Adik akan tenteram.
"Tak baik Adik berkata gitu, macam menyesal jadi anak mak..." saya mulakan, lembut. Dia membaling bantal terus menerkam saya. Disembam mukanya ke ribaan, menyesal agaknya.
"Cerita kelahiran seseorang berbeza. Ada yang lahir daripada perut mak yang kaya, ada yang miskin. Tapi semuanya terjadi atas dasar Kasih-Sayang," kata saya.
Adik memandang wajah saya, nyata sekali dia tak faham dan takkan dapat memahaminya, saya tahu. Saya katakan begitu sekadar bersuara.
"Setiap anak adalah hadiah daripada Tuhan. Adik adalah anugerah Tuhan kepada abah dan mak. Mak dan abah tak ada kuasa memilih. Adik juga begitu..." saya terus berkata-kata biarpun saya tahu, dia takkan memahaminya.
"Kerana Kasih-Sayanglah Adik lahir dan kerana Kasih-Sayang juga kami menjaga Adik dengan baik. Maka besarlah Adik dengan Kasih-Sayang. Adik tak besar dengan duit!"
Tiba-tiba Adik bangun, merangkul dan terus mencium pipi saya. Air mata saya mengalir..... Kami berpelukan agak lama. Saya nampak suami tersenyum.
"Nanti bila abah dapat gaji, abah beli buku Adik banyak-banyak tau.
Adik nak dapat A semua dalam UPSR." katanya.
Dia kemudian melompat turun dari katil, menarik tangan saya dan ayahnya menuju ruang tamu. Saya ke dapur menyediakan makan malam. Saya nampak ada keriangan di wajahnya. Di dapur, air mata saya meleleh lagi. Agak sukar saya hentikan tangisan dan rasa sebak itu... - terharu sungguh.......!!
*petikan dari gmail mcm2ada

Oct 13, 2009

Today is my Birthday


"Semoga kebahagian saya sekeluarga bertambah dan kekal selamanya..juga saya ingin menjadi insan yg lebih baik...amin"

Oct 12, 2009

Openhouse Tertutup

terima kasih banyak2 kepada semua yang dapat hadir ke open house tertutup mama pada sabtu 10/10/09 ari tu..walaupun time jemputan sepatutnya dari kul 2 sampai 6 petang jer..tapi orang yg datang start kul 12.30 sampai 10 malam..hehe..takper..yg last2 tu makan apa yg ada jer la kan..bak kata kak ada ziarah menziarahi lebih penting..

menu mama biasa2 jer..laksa,lemang+rendang,nasi impit kuah kacang,tauhu sumbat,kuih raya dan puding..tak larat ler nak happening2 bukan pandai pun nak buat nasi tomato ke bagai..janji puas hati sbb masak sendiri utk sahabat2 tersayang cewah..thanks utk hubby tersyg sbb bnyk membantu..hehe..tak selitkan karang takmo tolong lagi plak..huhu

tak sangka jugak open house ni boleh jumpa kawan2 sejak dari sekolah rendah lagi..tq bebanyak sbb korang sudi datang..tak sangka plan last minit menjadi..dah 6 tahun tak jumpa tu..ok, yang tak dapat hadir tu takperla..ada rezki next2 year kita bleh gether2 lagi kan..insyallah..tq all muaahh! yg takder dlm gambar tu sbb kalut sgt tak sempat..
1) jamal + family (jiran sebelah rumah lama kat kpg melayu subang)
2) zunaidi + family (x-boss papa)
3) syed + family (kawan papa)
4) azie + family (kawan serumah mama masa bujang)
5) syahid + wife (officemate)
6) maria + family (officemate)
7) k.ara + hubby (x-officemate)
8) aree (x-officemate)
9) jasdy (x-officemate)
10)kak lijah + family (x-boss mama)
11)kak zah + family (x-boss mama)
12)lien + family (kawan sekolah menengah)
13)mas + family (kawan sekolah rendah)
14)nisah + family (kawan sekolah rendah)
15)hairul (officemate)
16)azizi (officemate)
17)ann + hubby (x-officemate)
18)azlin + family (kawan sekolah menengah)
19)kak ada + family (x-boss papa)
20)adik + neesa

Oct 6, 2009

Open House

First open house kat Cheras rumah kak ara..ada soto,sate dll lagi..muka anak2 takmo balik..depa suka main kat sini..adli tengah tengok pokok bunga kantan..kak ara ni dulu2 supplier bunga kantan utk mama..hehe..thanks kakOpen house kedua kat Selayang..menu soto dan mee kari..nyum2tuan rumah sambut birthday anak dia skali..hepi birthday syahmak bapak sebok makan,anak2 sebok main game..syah cakap kat adli..apsal aku kena potong kek guna pisau rambo plak ni..hehe
open house ke tiga di Dewan Jubli Perak..ini open house SUK Selangormemang meriah ada sate,nasi impit kuah kacang,pecal,laksa,lemang rendang,nasi goreng cina,cendol, aiskrim dll

Oct 5, 2009

Lagi Kisah Raya

Raya ke tiga pulak kami ke kampung gajah, perak menziarahi pusara tok dan opah juga adik beradik abah yg majoriti kat kampung gajah sana..mama tak turun ke kubur pun sbb anak2 tido..yg kelakar tu si fatin terjaga dari tido tanya papa mana? naper kita berenti kat sini? papa tanam saper tu? saper yg mati? adoi..
masa raya tempoh hari dua orang kawan baik mama sejak bangku sekolah lagi datang beraya..dah lama tak jumpa diaorang..sorang tu lien sekarang ni mengajar di segambut..tapi kat KL/Selangor ni tak pernah jumpa..balik kampung plak baru nak jumpa..hehe..sorang lagi si nida cikgu jugak mengajar di sabak bernamyg ni plak tengah syok beraya ke rumah adik beradik mak..anak2 mama bz main badminton plak..papanyer pun samer daa..

Kisah Raya

Pada hari raya pertama ari tu, kami menziarahi tok chik di Sitiawan, Perak..tok chik ni adik opah mama..dah uzur dah pun..dah nyanyuk dan tak boleh berjalan..ngesot jer..sian..teringat arwah opah..kemudian raya ke 4 kami ke kedah melawat saudara mara belah papa..termasuk menziarahi tok su yg lumpuh sebelah badan akibat terjatuh di bilik air..sian tok su cakap pun tak clear sebab sebelah mulut tak boleh gerak..kalau ada kesempatan ziarah menziarahila sesama kita..cewah..mana tau ntah dapat atau tak kita jumpa mereka lagi pada raya tahun depan..tak mereka yg pergi dulu..kita yg muda ni pun bleh pergi dulu :)kakak beraya dengan skirt pendek..ayoyo..tak belikan karang merajuk tahap gaban..mama kata ni last beli skirt pendek yer..dia angguk dan tanya "naper mama takut kakak terselak ke..ala,kakak jaga la elok2" bukan sbb tu la kakak..nanti la dah besar skit mama explain..

Oct 1, 2009

Gegaran Gempa

First time mama merasai gegaran gempa petang semalam..masa tu baru abih solat, masa nak berdoa bukak kipas dulu..pastu tengah tadah tangan tu terasa badan bergoyang..mama pandang kipas..dlm hati terdetik..aik, tak kan sebab puasa ni mama dah kurus sampai kena tiup angin kipas pun bergoyang..lama jugak la ada dlm 15 kali goyangan tu..abih jer baca doa mama pun terus tutup kipas..goyangan tu pun takder..
masa tu pulak papa gi isi minyak itam motor kat kedai depan..bergegas dia balik sbb dpt sms dari jiran se apartment..balik2 dia tengok mama relax jer tengah masak.. 'mama, tu ramai org turun bawah tu ada gempa la..'..mama pun terkejutla..oo rupa2nya yg bergoyang tadi tu gempa..mati2 ingat dah kurus hehehe..tak terpikir langsung..itulah pengalaman pertama kali rasa gempa ni..mintak2 takmo dah kena lagi..takut jugak bila dipikir2kan..buatnya runtuh..huhuhu..gempa tahun lepas ada jugak rasa kat bangunan suk tu tapi sbb mama duduk LG takder rasa la..sedar2 bunyi siren suruh keluar jer..tapi kalau runtuh LG tu ranap terusla mama..terkubur..
info dari www.met.gov.my :
30/09/09 6:16pm Southern Sumatera 0.9°S 99.8°E 7.7(Richter Scale) Strong
60km southwest of Padang,Indonesia. 452km southwest of Malacca

kali pertama menjejak kan kaki ke Damai Laut Lumut ni walaupun dulu belajar di Uitm Sri Manjung dan every two week tu mesti gi...