Jul 30, 2008

LIRIK LAGU CINTAMU

CINTAMU-SITI NURHALIZA

Nota cinta lama
Kujadikan lagu
Walau tidak seindah
Bisik kata yang kau beri

Tetap dalam hati
Siang malam menanti
Tak jemu aku dibuai kerinduan

Belum pernah ada getaran sebegini
Memang pernah aku dilanda
Cinta kepadamu

Bercahaya hidupku
Dalam taman cinta
Sehingga segalanya seperti pelangi
Kau sambutlah rinduku
Jangan lepas lagi
Ku pasti setia seteguh kasihmu
Buatku

Kini ku temui
Insan yang ku sayangi
Sentiasa di sisi
Bagai bintang yang berseri

Tetap dalam hati
Siang malam menanti
Tak jemu aku dibuai kerinduan

Belum pernah ada getaran sebegini
Memang benar aku dilanda
Cinta kepadamu

Bercahaya hidupku
Dalam taman cinta
Sehingga segalanya seperti pelangi
Kau sambutlah rinduku
Jangan lepas lagi
Ku pasti setia seteguh kasihmu
Buatku

Apa jawapan engkau berikan
Tak bisa ku rasa segala rahsia
Kau pesona cinta yang membawa
Bahagia

Bercahaya hidupku
Dalam taman cinta
Sehingga segalanya seperti pelangi
Kau sambutlah rinduku
Jangan lepas lagi
Ku pasti setia seteguh kasihmu
Buatku

ps-masih minat suara siti hingga kini..

Jul 28, 2008

Dinner Tanjung Harapan

Lewat petang Ahad mama sekeluarga ke Tanjung Harapan, Pelabuhan Kelang..apa lagi kalau kat situ mestila famous dengan Ikan Bakar..selalu pergi sini beramai2 dengan sedara mara..dan tiap2 kali pergi tu orang belanja..hehe..kali ni kira first time la mama sekeluarga pergi sendiri..memang bestla..tapi lain kali nak pergi lagi kena awal sikit..tak ramai orang sangat..

Mula2 mama duduk kat meja tengah..pastu tukar meja tepi sebab tiba2 ada kosong orang tu dah balik..

Lihatlah aksi anak2 mama..gi mana2 pun depa la yg syok sekali..maklumla..budak2..

Mulut ikan siakap kukus tu kan ternganga..pastu si Aisy buat apa tau..dia tekan mulut ikan tu pastu dia kata 'utup muyut ya..utup muyut ya'..dia suruh ikan tu tutup mulut..hehe..kelakar

Inilah menu yang kami pilih semalam..ada ikan siakap kukus asam boi..tomyam udang dan sotong..sotong goreng tepung..ketam masak pedas..fuh..ketam paling sedap..

Alhamdulillah..kenyang dah..

Ini kat dalam kereta..budak2 ni dok berebut nak kena aircond..kereta kecik kancil jer..tengokla muka berlaga panas berpeluh main lari2..

ha..pastu dah kena marah masing2 paham ler duk diam2 kat belakang..semua tarik muka masam mencuka..

Jul 24, 2008

Baby Boy

Ni nak share gambar baby boy merangkap pakcik sedara anak2 mama yang baru jer lahir pada Ahad lalu 20 Julai 2008 di Hospital Besar Ipoh..kebetulan mama sekeluarga balik kampung, so mak dengan abah pun ajak la sekali melawat sepupu mama yang paling kecik ni..so kalau baby ni sepupu mama kiranya pangkat pakcik sedara la kan kepada anak2 mama ni..hehe..camno ni anak sedara lagi besor dari bapak sedara..ala ada banyak kes2 camni kan..tengok la muka anak2 mama yg macam terkejut tak pernah tengok baby kecik..ni nak kena tambah adik lagi kat depa ni..hahaha..


Jul 22, 2008

Jul 18, 2008

Candid Member PTG

Hehehe..sorry bebanyak geng..semalam kata nak masukkan gambar candid kan..ha ni mama dah masukkan gambar candid yang diambil pada khamis,17 Julai 2008..sajer ambik gambor suka2..nanti bila Ain pindah..sure dia tangkap leleh tengok gambar ni kan..
takper Ain..kalau hati baik..senang dapat kawan kat mana2 pun..betul tak..






Jul 15, 2008

Lagi Gambar Chilling

Ni ada lagi gambar masa kat Chilling tempoh hari..ni dari camera kawan-kawan yang lain..jom kita layaannnn...zzaaaazzz...






Jul 14, 2008

Perkelahan ICT JMM

Lokasi : Sungai Chilling Waterfall, Kuala Kubu Bahru
Tarikh : Sabtu, 12 Julai 2008

Woi! Best! memang best..perkelahan kali ini memang santai..relax..terima kasih pada semua yang hadir..semangat macam ni yang bagus untuk kita..lagipun bukan selalu kita berkumpul ramai2 dengan keluarga dan anak2..kan..
ok thanx a lot pada k.ina & family..walaupun nak gi tengok anak kat matrik, k.sham & family..hubby akak rajin tolong bakar ayam, k.ada & family..tak sempat nak cilok nasi putih akak, k.ara & family..ni orang kuat ni..kuat berendam pun iyer jugak..hehe.. en.hisyam & sons..walaupun bz n wife ader hal...adoi penat kita jaga anak dia kan ann..en.zunaidi & wife..walaupun wife ehem..ehem..shh..hehe..udin & family..bawak mak lagi next time ek..john & family..jasdy & family..anak2 korang memang happening..wellson & family..kaki bergambar..eza & family..za,ann,izwan,fadli,prince,..korang semua baik punyyaaa...tagline..

saat paling manis dan best ialah makan time..
siannyer kelaparan lepas turun dari air terjun 3 tingkat..
amboih..sampai senget periuk..hingga titisan terakhir..hehe
nak naikkan khemah yang kecik tu pun sampai 4 orang


ni specis mantis..sebijik cam ranting kayu..mula2 jatuh atas kaki hubby k.ina..lepas kena sepak dengan k.ina pastu tercampak plak kat beg sani..
inilah Empangan Selangor..luas betul..kalau runtuh empangan tu sure banjir satu selangor kot..

Jul 10, 2008

IBM Technology Update



Planning Your IT Infrastructure For Better Service Delivery
Date : 8th July 08, Tuesday
Time : 9:30 a.m. – 12:30 p.m.
Venue: Dewan Putra Perdana 2, Putrajaya Shangri-La

*tak sangka jumpa ramai kawan lama kat sini..Rin,Nora,Kak Zah JPN,Kak Zah JMM dan Lily

KAWAN KAT UITM & X-PTG
KAWAN KAT KAJICUACA
SAMA INTAKE PROGRAMMER DULU

Jul 9, 2008

Resepi Mee Kuah Kak Nab

MEE KUAH KAK NAB - diambil dari Chef Wan

Bahan Bahan

1 kg tulang rusuk (dengan sedikit isi)
300 gm daging lembu (dihiris)
air (untuk merebus)
500 gm udang segar (dikupas kulit dan direbus)
minyak (untuk menumis)
1 cawan sos tomato
1 kg ubi kentang (direbus dan dilecek)
garam dan gula secukup rasa
air rebusan kulit udang

Bahan Bahan (sampingan)

1 kg mee kuning (dicelur)
4 keping tauhu (digoreng dan dipotong)
5 biji telur (direbus dan dibelah)
5 biji cili merah (dihiris)
400 gm taugeh (dibuang ekor)
3 tangkai daun bawang } dihiris
6 tangkai daun saderi }
2 biji limau nipis

Bahan Bahan (kisar)

8 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 biji bawang besar
5 biji cili merah

Cara Menyediakannya

1. Rebus tulang dan daging sehingga empuk, tapis untuk airnya, hiris daging nipis- nipis, ambil juga daging dari tulang rusuk tadi, letak di dalam pinggan hidangan.
2. Rebus kulit udang kemudian tapis dan ambil airnya.
3. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga wangi dan terbit minyak, masukkan air rebusan daging, air rebusan udang, sos tomato, garam dan gula.
4. Kacau sehingga kuah mendidih dan masukkan kentang lecek.
5. Masak sehingga mendidih sekali lagi (Jika kuah terlalu pekat, tambahkan sedikit air.), perlahankan api dan renehkan selama 8-10 minit.
6. Sajikan kuah bersama semua bahan sampingan.


kami ambik kesempatan ikut papa gi ayer keroh on weekend..papa ada kerja kat MITC Melaka so kami ikut sekali lepak  di Amverton Heritage Re...